Thursday, April 21, 2011
Cadangan projek ternakan kambing di tepi Tasik Proton
Kawasan cadangan projek ternakan kambing ini bersebelahan kawasan tasik. Dibina pagar untuk membahagikan kawasan ragut kambing dengan laluan pejalan kaki. Namun begitu, pengunjung boleh memasuki kawasan ternakan menggunakan pintu tertentu. Dibina kandang jenis atas tanah untuk menempatkan segala keperluan seperti makanan dan minuman kambing. Kandang tersebut juga berfungsi sebagai tempat kurungan kambing pada waktu malam.
Sunday, March 20, 2011
Cadangan Penternakan Itik
Cadangan projek penternakan itik (sustainable) ini terletak di Tasik Proton. Terdapat satu bahagian tasik yang mempunyai muara seperti gambar di atas. Dicadangkan supaya dibina laluan pejalan kaki dan jambatan menyeberangi muara tersebut. Oleh kerana kawasan tersebut dijadikan tempat penternakan itik secara lepas, pengunjung atau kanak-kanak yang datang dapat melihat pemandangan sekitar tasik yang dikelilingi itik. Juga dibina pondok-pondok atau chalet untuk pengunjung beristirehat.
Gambar di atas merupakan cadangan kandang itik yang terletak di tepi tasik. Pagar dibina di sepanjang kawasan pejalan kaki berhampiran kandang itik supaya kawasan tersebut lebih selamat untuk pengunjung kanak-kanak yang datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)